Tuesday, 20 December 2011

OUTLINE +_+

oooouuuhhhhh......bad news..!kne bwt outline utk speech....bile speech???26/12/11-stdy week nanti....agk busy ye pd hari itu.!ape sbnr nye outline....bnde nie mcm draf la utk bwwt speech....tp hakikat nye..mcm agk mnyusahkn aku...sbb....ouline nie kne buat perfect!ayt kne perfect!jd...ssh la jgk.Nasib baik ade kwn2 yg agk baik...'agk'?okey!mmg baik pon...tlong aku buat outline nie....walaupon ak telah bazir kn cket mase ak utk tulis entry nie...hahahahaha....
Kawan2 sy sgt memahami....biar kn sy terleka...dan...akhr nye..sy kelam-kabut jgk siap kn bnde alah nie....

Sebab ape aku cbuk2 buat awl nie??
haaaaa...sbb nye...ak nk blik umh!!dan aku kompem sgt2....ble blik umh...tv jew ak tgok....keje??mmg habuk pon x sentuh...!haahahah...teruk la kn???
ank sape la nie....

Setelah aku membebel pnjg lebar nie....aku nk bg taw satu rhsia...
jgn bising2 taw!!!!
Sebenar nye....aku bkn la tuan pnyer blog nie....aku tumpang membebel jew...hahahahaha....sape aku???
laen kali la perkenalkn diri....*malu*
hahahahahahaa.....okey!gedik!
kpd tuan pnyer blog.....jgn marah la aku membebel nie..mmg lari dari entry2 sblom nie kn???
mu pnye entry punyer la best dan seronok~~~aku pnyer....ntah la.....
nway...thanx bg aku pinjam...hahahahahaha~~~
till next time....*hug**

Monday, 24 October 2011

2 october(sunday,about 5.55am)

aku bangun dari tidur..entah kenapa,walaupun hari ni adalah hari minggu,aku bangun terlalu awal seperti hari2 biasa.aku segera bingkas bangun menuju ke toilet untuk mandi..fussh,memang xde orang.aku sorang je bersuka ria mandi dalam toilet tu.

(about 6.o5am)
masuk bilik,aku ready untuk solat subuh..tp,sempat lagi aku mengerling jam kat handset aku..tgok2 ada satu misscall drpd abah.aku agak terkejut la..abah takkan call aku pagi2 buta kalau takde important things.aku segerakan solat subuh aku walaupun hati aku masih berbolak-balik memikirkan segala kemungkinan..

(about 6.15am)
aku baru saja selesai solat subuh...kawan2 sebilik aku pun semuanya dah bangun drpd tidur,kalut ke toilet semuanya..aku capai handset aku kat ats katil,ingat kn nk call balik abah tp ak tgk ada misscall drpd mak sdare aku plak..dalam fikiran aku mmg aku berfikir something bad was happen..tp aku tak tahu..aku try call mak sdare aku tp masuk voice mail.aku pun cepat2 dail no abah tp no abang yg call masuk plak..aku angkat la tanya kenapa,rupa-rupanya sepupu aku meninggal dunia dalam pukul 3 pg td,,innalillah

(6.30am)
mak sdare aku call,dia tanya aku ada apa2 program tak hari ni..dia nk datang jemput aku balik kg.aku ckp,mmg ada program pkul 8 nanti tp xpe lah..dah ada emergency case mcm ni.aku bgtau roomate aku,aku nk balik and mintak tolong roomate yg satu group dengan aku maklumkan pada fasi program.

aku tak jadi iron baju korporat yg nk pkai ke program pg ni,,,aku exchange dengan sepasang baju kurung berwarna hitam.dalam aku duk bersiap2,aku terkenang balik kat arwah spupu aku tu..muda lagi,dalam 26thn tp dia ada sakit jantung berlubang..dah tiga tahun tp semakin pulih.last aku jumpa dia masa hari raya,masa tahlil arwah atuk.kiranya spupu aku ni meninggal tak sampai 40hari atuk aku meninggal...dia baik,selalu senyum..tapi nk buat macamana,ajal dah sampai..


seriously,aku terfikir kalau lah malaikat Izrail datang menjemput aku sekarang...adakah aku bersedia??dah terbukti depan mata aku,ajal tak kenal usia dan tak mengenal siapa..aku berdoa moga hari2 yg aku bakal lalui lebih baik drpd sebelumnya dan moga akhlak dan perilaku aku semakin baik dari hari ke hari...Ya Rahman,Ya Rahim...tempatkanlah mereka yg telah pergi dalam kalangan hambaMu yg soleh dn mendapat ganjaran yg terbaik daripadamu..Ya Allah,matikanlah diriku dalam husnul khatimah..............



Friday, 26 August 2011

dari seseorang untuk seseorang

kalaulah aku yg terpilih
menjadi suami
dan jika kau yg ditakdirkn
sebagai isteri
mana mungkin kita menolak
ketentuan Ilahi

terlalu banyak rahsia
yg kita kongsi bersama
terlalu lama masa
yg kita ambil untuk bercinta

betapa payah untuk
mentuluskan hati
terlalu susah untuk menerima
lelaki
dan ku akui,lebih sukar buat diri ini
saat menyuntingmu sebagai suri

kita sama-sama membayangkan
masa depan
tidak terdaya kita meramal
perancanan Tuhan
kau mengakui bosan dengan janji
lelaki
aku sudah terlalu jenuh melamar
sunti

ketika aku diam memilih sepi
kau hilang entah ke mana,
bersembunyi
kalau sudah ditakdirkan jodoh
kita
kita tetap bersama juga,
aku percaya

aku memang masih tetap sabar
menunggu
jika benar kau adalah hadiah
Allah untukku
sesudah bertahun lama
kusimpan impian
tidak terdaya aku
menganggapnya hanya kenangan

diam-diam kita sebenarnya
terlupa
untuk sama-sama mengakui
betapa manisnya saat
sama-sama merindu
dan betapa indahnya jika ikatan
kasih bersatu

kita barangkali terheret jauh
oleh angan-angan
sampai selalu terlupa ketentuan
Tuhan
biarlah Allah yang membuat
pilihan
kepada Dialah segalanya kita
serahkan

kita akan terus belajar
untuk saling memahami
kita mesti terus bersabar
untuk tidak selalu memarahi...











edit by NH3

Monday, 22 August 2011

Gelora yang sukar diungkap....

Tahun 2007,saya masih lagi seorang pelajar tingkatan 3 SM Sains Dungun.Selepas peperiksaan PMR pada tahun itu saya mengikuti satu lawatan ke rumah warga emas di Bandar Al Muktafi Billah Shah,Dungun Terengganu.Saya berasa sangat teruja untuk memjejakkan kaki kali pertama di sana.

Langkah pertama saya di pusat jagaan warga emas itu sangat megharukan.Saya disapa oleh angin ketenangan dan suasana sunyi di pusat itu.Tanpa melengahkan waktu yang sedia ada,kami segera menuju ke bilik mesyuarat untuk sedikit taklimat dan selepas itu kami terus berpecah ke blok penjagaan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
Saya mengetuai langkah rakan yang lain untuk ke bilik yang menempatkan warga2 emas di pusat itu.Kedengaran lagu raya hangat berkumandang di corong radio di bilik2 memandangkan umat Islam baru sahaja menyambut ketibaan Syawal seminggu yang berlalu..Saya segera menuju ke arah satu katil yang menempatkan seorang wanita buta separuh abad.Kelihatan beliau yg mesa disapa Wan masih mepunyai kesihatan yang baik.Saya mengambil tempat betul2 di penjuru katil bersebelahan Wan agar senang untuk saya berbicara dengan beliau.Wan berasal dari Kemaman dan dia baru sahaja dihantar ke pusat jagaan itu oleh anak beliau.Saya tidak ingin menambahkan lagi kesedihan beliau dengan bertanyakan perihal anak2 beliau kerana saya yakin,beliau masih merasai kesedihan dihantar ke situ.

Disana saya sempat menyuapkan makanan tengahari kepada seorang lagi warga pusat jagaan itu.Nenek tersebut hanya terlantar di atas katil kerana sudah uzur dan saya menyuapkan makanan berhati-hati agar beliau tidak tersedak.Mungkin ini kali pertama lawatan orang ramai selepas raya menyebabkan beliau kelihatan ceria dan makan dengan agak berselera sehingga saya terpaksa meminta pegawai penjaga menambahkan lagi bubur ke dalam mangkuk yang saya pegang.Yang paling tak dapat saya lupakan,beliau mempunyai renungan mata yang sama dengan arwah nenek saya menyebabkan dada saya terasa sebak.Semasa saya menyalami tangan beliau untuk pulang,beliau memegang erat tangan saya seolah-olah tidak merelakan pemergian saya.Dan saya sedar,ada airmata jernih yang mengalir daripada kelopak matanya.Namun apakan daya saya,...
Sebelum pulang.saya melewati seorang wanita tua yang dipanggil Aci..Beliau menggenggam erat tangan saya sambil menangis.Dalam tangisnya beliau sempat bercerita tentang tanahnya yang dirampas anak sendiri..Beliau seakan menjerit ingin mahukan tanahnya kembali.Beliau menangis teresak-esak sambil memegang kepalanya yang sudah dipenuhi uban..Dalam hati saya,betapa tegarnya seorang anak memperlakukan ibu mereka sebegini rupa..

Saya tidak sempat beramah mesra dengan kesemua penghuni di sana.Yang terakhir,saya sempat bertegu sapa dengan dua orang teman rapat,juga wanita separuh abad berkerusi roda yangberbangsa Cina, leka bersembang dengan rakan-rakan saya.seorang rakan saya sempat menghiburkan mereka dengan sebuah lagu raya.Salah seorang daripadanya pandai mengucap syahadah dan mengakui tahu mengenai Nabi Muhammad..

Saya meninggalkan blok penghuni dengan seribu persoalan dan sejuta cerita tentang kehidupan para penghuninya.Saya yakin,mereka masih menyimpan gelora dalam hati mereka yang tak mungkin mereka ceritakan kepada kami..Hanya secebis luahan hati mereka yg terluah kepada kami.Dan kami mungkin tidak dapat membantu mereka seadanya,hanya dengan sekadar mengisi ruang masa mereka dengan lawatan kami..

Kini sudah bertahun berlalu,,saya telah pun menamatkan persekolahan saya di SMSD..Saya tidak yakin,adakah mereka yang saya temui di pusat jagaan bandar Al muktafi billah masih lagi menghaiskan sisa hidup mereka di sana.Saya tidak menolak kemungkinan mungkin ada antara mereka yang sudah pergi selamanya,meninggalkan katil mereka untuk diisi penghuni yang lain..dan hanya meninggalkan catatan nama mereka dalam rekod pusat jagaan untuk kenangan pegawai penjaga dan sahabat yg masih bernyawa....................

SECEBIS masa lalu....

hari ini mungkin lima atau enam tahun saya tidak bersua dengan seorang jiran yg juga merupakan teman sepermainan saya yg paling akrab,Nur.beza usia setahun antara kami tidak byk mempengaruhi persahabatan kami.kami mula berpisah selepas sy mendapat tawaran melanjutkan persekolahan tingkatan 1 di salah sebuah SBP yg mengambil masa hampir 2jam dari rumah kami. walapun sy cuti sekolah agak kerap namun sy kurang pulang ke rumah memandangkan saya terlibat dengan pelbagai aktiviti yg memerlukan saya keluar daripada kawasan sekolah.

Perhubungan kami semakin renggang apabila Nur nekad untuk meninggalkan alam persekolahan dengan menamatkan zaman remajanya pada usia 16 tahun dengan berkahwin dengan seorang pemuda drpd Sarawak yg bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan dan perkapalan di Terengganu ini.Dan,sy tidak dapat meluangkan masa untuk menghadiri perkahwinan Nur memandangkan saya masih terikat dengan sesi pembelajaran di sekolah.

Mengimbau kembali alam kenakalan kami sewaktu masih hingusan,,saya suka menghabiskan masa saya di beranda rumah Nur sambil menghirup udara pantai.Kami bermain masak2 bersama,bergosip dari hal pembelajaran di sekolah hinggalah berita2 hot yg tejadi di kampung kami.Di rumah Nur jugalah kami beramai2 menonton movie cerita hantu sampai ke malam..Seingat saya,sy hanya pulang ke rumah untuk solat dan kembali semula ke rumah Nur untuk menghabiskan masa2 sengang saya.Pada sebelah petang pula kami akan ke pantai sama ada untuk mandi manda ataupun membina istana pasir.Ada masanya kami berjalan hingga ke hujung tanjung ke bangsal pemprosesan belacan milik datuk Nur.

Pada cuti pertengahan penggal pula kami akan menghabiskan waktu kami dengan bermain ting-ting,bermain congkak,saidina,bermain bola selipar dan bersembang kosong..Seindah persahabatan kami,tak kurang berlaku pergaduhan dengan rakan yg lain.Tapi itu hanyalah sementara.Pergaduhan kanak-kanak yang tak membawa apa-apa erti.

Sekarang semua itu hanyalah kenangan zaman kanak2 yg memberikan pengalaman yg sangat menarik.Nur sekarang tinggal di Sarawak dan sudah pun mempunyai dua cahaya mata kesayangan dan saya masih meneruskan perjuangan saya dalam menuntut ilmu pada usia sy yg masih 19.Ternyata saya dan Nur sudah berbeza dalam pilihan hidup masing2.Pada usia 20 tahun,Nur menghabiskan masanya untuk menjadi seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 nya dan menjadi seorang yang setia pada seorang suami manakala saya masih bergelar seorang pelajar yg berusaha memberikan yang terbaik pada kedua ibu bapa saya....

Saya mendoakan agar Nur gembira bersama keluarga tercinta dan saya berharap saya masih boleh berjumpa dengannya walaupun masa dan tempat masih tegar memisahkan kami.......

Wednesday, 20 July 2011

antara satu KELAHIRAN dan sebuah KEMATIAN....


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Yg Maha Kuasa,ku masih diberikan nyawa untuk terus menikmati sinar mentari,menghayati keindahan hamparan bumi pada hari ini...hari ini juga,genap usiaku 19 tahun..hehe..akhir belasan tahun..sudah 19 tahun aku meneroka dunia indah ciptaanNya..juga sudah 19 tahun 9bulan 10hari aku hidup dalam rahmatNya,19tahun melayari kehidupan bersama insan-insan yg menyayangiku.....
Namun,angka 19 itu bukan lagi ukuran buatku...tanggal ulangtahun hari lahir bukan lagi antara peristiwa yang kunanti..ucapan selamat hari lahir bukan lagi ucapan yang kuinginkan...cuma harapan,aku masih hidup dalam lembayung kalimah suci,'Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad pesuruh Allah'....dan aku bermohon Pd Yg Esa,moga hari -hari yg bakal aku lalui,lebih baik daripada hari-hari yang telah aku tempuhi..
Seusai aku bangkit daripada tidur pagi tadi,berita yang dukacita menerjah ke pendengaran telingaku,bekas jiran sebelah rumahku telah meninggal dunia..Innalillah....aku bicara sendirian,hari ini mungkin ulangtahun kelahiranku...namun bagaimana jika pada tarikh hari ini juga adalah hari kematianku??ermmmm
Begitulah hidup ini,hari kegembiraan kita mungkin adalah hari kesedihan bagi mereka yang lain..realitinya,pada saat satu kelahiran ke dunia,disusuli juga dengan satu kematian meninggalkan alam yang fana ini..

Antara satu kelahiran dan sebuah kematian,tidak banyak bezanya...yang lahir pasti akan merasai mati.Cuma yang menjadi perbezaan,yang baru merasai satu kelahiran masih boleh terus mencari bekalan sebelum tiba saat kepulangan.manakala,yg merasai sebuah kematian,tidak kan kembali ke dunia nyata memungut kembali bekalan yg ditinggalkan...apatah lagi menyesali dosa-dosa silam...

NAMUN,bagi mereka yang beriman,,,KEMATIAN itu menyimpan seribu rahsia yang mendamaikan.......

Wednesday, 6 July 2011

Rindunya saat itu...




cuti-cuti begini,mundar- mandir berseorangan membuatkan ingatan aku berputar kembali pada zaman sekolah menengah..rindu pada guru-guru,kawan-kawan,senior,junior,,semua lah.kalau lah aku boleh kembali pada zaman tu..mesti seronok kan?biasa lah,adat hidup kat hostel,semuanya jadi rapat...yerlah,mak dan ayah jauh di mata...guru-guru dgn kawan-kawan lah peneman.sakit ker,gembira ker,sedih,ketawa,berduka dengan mereka lah.

masa form 1 dan form 2,semua nya baik-baik..senyap gitu.Maklumlah,super junior lagi masa tue,ramai lagi abang2 dan kakak2 senior..Jadi kena hormat lah...belang pun tak berapa nak keluar lagi..hehe.Setiap hari Jumaat pagi ada fardu ain,kena lah bangun awal,senior2 masih lena tidur..tapi,bagi yang sakit atau rasa nak ponteng kena lah mencai alasan kukuh bimbang kena tanya oleh senior2 yang prihatin tue..hehe..petang pulak,ada usrah dengan akak2 naqibah.aku suka usrah..ada nasyid,ada masa main2..hehe..tapi paling gentar sesi teguran di akhir-akhir rancangan..iyerlah,mana tak kecut perut,,sekali kena hentam..hehe..tapi takpe lah kan,demi kebaikan bersama..
masuk form 3,belang pun dah nampak sikit.Yang dah bercouple pun ramai..tapi kenalah sorok,kan tak pasal2 kena lecture sampai pagi oleh senior2 bertauliah..haha.paling tak ku lupa,kitorang kena lecture dan brainwash sampai waktu nak bersahur masa form 2...ish3..pergi sekolah ngantuk yang teramat..nasib lah cikgu tak tahu.tahun ni lah semua pakat pulun.maklumlah exam PMR.tapi lepas exam,semua jadi hantu raya.haha..hostel macam rumah sendiri..bangun pagi pkul 12,makan,baru pergi kelas..sekali tu masa assembly,PK Akademik suruh student form 3 berdiri,cuma aku berempat yang berdiri..yang lain semua assembly kat dorm..haha

form 4,zaman honeymoon orang kata..yerlah kan,baru lepas PMR,enjoy dulu sebelum masuk form 5.taun ni memang sibuk.banyak program dan semua program budak form 4 yang handle..buat banner,backdrope,semua nya.paling aku ingat masa sambutan Hari Guru,aku handle perasmian..penat nak adjust untuk buat gimik..pukul 5 pagi baru balik hostel,tidur kuak lentang sekejap dan bangun balik untuk pergi ke Dewan untuk persiapan terakhir.

ada satu kejadian tragik masa kem kesejahteraan diri.Masa tu aku jadi fasi,.pada malam last kami buat home alone kat padang sekolah..seingat aku lah,aku ,asyraf dan mas bawak lah dua orang budak perempuan ni yang dalam keadaan mata tertutup berjalan-jalan.kami saja nak kacau diorang berdua.Punya lah seronok main-main,tak sedar kami berlima je yang tinggal,yang lain dah balik hostel.kami pun bersedia lah nak balik..seronok kami masuk kawasan hostel,semua orang duk kat koridor dorm tengok kami yang baru masuk..aku yang terpinga-pinga bertanya lah kat kawan aku.Rupa-rupanya diorang semua kecoh pasal kakak dorm bydak berdua ni report pasal kehilangan adik dorm diorang.punyalah aku terkejut beruk.Penat pulak aku kena explain kat kawan -kawan aku pasal diorang.ish3

Bila aku jadi senior,barulah aku tahu betapa susahnya nak jaga adik- adik junior..dengan yang balik rumah tak bagitau,yang homesick,yang mengada-ngada mengadu kat cikgu kena buli sedangkan dia saja reka alasan nak balik rumah,yang malas kemas dorm..yang sengaja buat sakit..yang bercouple..macam-macam..masa ni lah aku jadi garang walaupun aku ni seorang yang boleh dikatakan agak rapat dan berlembut dengan junior.ada jugak ibu bapa yang datang hentam prefect..masa cuti pun ada call aku tanya pasal anak mereka.
bila aku dah form 5,makin banyak tanggungjawab aku.paling berat jadi Timbalan Kapten Blok.Tanggungjawab nak jaga hampir 200 orang,pastikan mereka tak buat kes disiplin,tak buat onar dalam sekolah.Banyak peristiwa yan terjadi.Dalam kesibukan menjadi seorang pelajar,seorang pendebat,seorang senior,seorang PRS,seorang MT prefect,aku beruntung kerana mempunyai guru-guru,kawan-kawan,juniors yang sentiasa berada di samping aku..Terima kasih sangat-sangat..aku sangat bangga mempunyai mereka semua di sisi aku.
Apa-apa pun,aku sangat merindui untuk bersama mereka lagi..terutama kawan-kawan batch o5o9..entah bila cmax boleh bertemu korang lagi..love u guys...

Tuesday, 5 July 2011

MUDA vs TUA


ingatanku berputar tentang peristiwa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu.Pada waktu itu aku dan umi dalam perjalanan pulang ke rumah sejurus selesai menghantar tempahan baju di rumah tukang jahit yang tidaklah jauh mana dari rumahku,mungkin mengambil masa 7minit atau lebih memandangkan kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki, menikmati angin malam..hehe

Kalau ikutkan aku,memang aku tak berapa suka berjalan waktu malam macam ni.Maklumlah,di kawasan kejirananku pada waktu malam,tak ubah seperti pesta anak-anak muda.Ada yang melepak di tepi-tepi jalan,ada yang bersembang sampai larut malam,tak kurang yang bermain futsal,yang merempit sampai bingit,yang berbasikal pun tak kurang hebatnya.Tak sesuai untuk aku,seorang gadis ikut serta dan ku rasa tidak manis untuk akuberjalan melepasi kawasan leak mereka.

Berbalik kepada kisahku.Sedang aku berjalan sambil berbual rancak dengan umi,melepasi sekumpulan belia yang juga rancak berbual dalam kegelapan malam itu,tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang wanita tua berjalan terhinjut-hinjut meredah kegelapan malam.Dalam samar-samar bayangnya aku bermonolog sendirian,'apa makcik ni buat malam-malam ni?nak pergi ke mana agaknya..siap dengan beg kecil yang digalas di sisi lagi.tak takut ke dengan budak- budak ni?silap-silap hari bulan...ish3,nauzubillah.'Tapi,aku tak boleh menidakkan kebimbangan aku memandangkan kawasan ini pun memang kawasan hitam terutama bab penagihan dadah.Membunuh diri pun ada..buang anak pun tak terlepas..

Aku masih memerhatikan langkah lemah orang tua itu,entah ke mana hala tuju nya.Dalam langkah kami yang tak berapa jauh itu,aku sempat bertanya umi ku..'umi,siapa makcik tu?dia nak kemana?,Umi ku ada memberitahuku nama makcik tu,tp aku pun dah lupa..hehe..tapi yang aku ingat umi cakap dia nak pergi ke surau.Dia memang biasa pergi ke surau yang tak jauh dari rumah kami.

Tiba-tiba aku terdiam..perasaan kagum dan insaf menyelinap dalam ruang hati aku.Tak sedar,air mata aku juga tumpah.Betapa seorang tua yang sudah layak ku panggil nenek,masih lagi menguatkan kudrat untuk beribadat kepada Yang Maha Kuasa.Sedangkan aku,yang masih boleh berlari,jarang sekali pergi ke surau.Nak kata jauh tak lah jauh mana tapi tak bertekad pun nak istiqamah pergi.Makcik tu pulak,sanggup berjalan jauh seorang diri,melepasi anak-anak muda yang melepak yang mungkin boleh mengancam keselamatannya demi ke rumah Allah.
Sejak hari itu,aku menanamkan azam dalam diri aku,aku tak boleh persiakan masa muda aku.Biarlah orang cakap enjoy lah dulu,merasai dunia orang muda tapi,bagi aku,apalah erti enjoy kalau kita jauh dari rahmat Tuhan...yang ajak enjoy tu pun belum tentu hidup sampai tua.Kalau hidup sampai tua pun,sempat ke nak kaut amal banyak-banyak.entahlah..

Sekarang,,setahun telah berlalu.Aku pun dah tak jumpa makcik tu..Entah masih meneruskan rutin hariannya atau pun sudah kembali kepada Pencipta aku pun tak tahu memandangkan aku pun baru pulang ke rumah selepas tamat belajar.Jadi aku kurang mengetahui perkembangan di kampungku.Harapanku,kalau makcik tu masih ada,semoga dia terus kuat melangkah,istiqamah dalam ibadatnya.Namun,jika dia telah kembali menemuiNYA,kuberdoa moga dia ditempatkan bersama para solehin.Amiiin

yang pergi dan yang datang.....

seiring kedewasaan,mungkin sudah ramai orang yang kita temui,bermacam ragam yg kita jumpai,bermacam perkara yang kita ketahui.orang yang kita jumpa hari ini mungkin tak sama dengan orang yang akan kita jumpa esok hari,yang semalam kita temui mungkin sudah tak bersua hari ini..sahabat yang dah lama tak berjumpa,mesti dah berubah penampilannya,gayanya,wataknya,suaranya..mungkin semuanya.hehe

mungkin juga ada yang agak nakal dahulu,dah berubah menjadi tak nakal lagi..hehe..yang agak jahat,dah berubah perangainya,semakin baik dan baik..namun,mungkin ada yang seperti sedia kala..tak berubah langsung...gaya rambutnya masih sama,seperti biasa.

antara insan yang datang dalam hidup kita,dan juga insan yang telah pergi menemui sang Pencipta,mesti banyak memori yg masih tinggal sebagai koleksi,menjadi teman tika ingatan berputar kembali.mungkin ada antaranya yang sukar dicari ganti,dan mungkin ada di antaranya yang sangat diharap supaya tidak mengganggu diri,namun,kadang-kadang kehadiran mereka menambah ceria di hati...=)

lumrah kehidupan,yang datang sudah pun datang,yang pergi tetap akan pergi..=)
jadi bersedialah akan keadaan yang silih berganti,biarpun sesiapa yang hadir di sisi,kerana setiap seorang yang hadir akan tetap membawa makna walau kita tidak merasai...jgn sampai kita menangisi apabila tiba saat mereka pergi....




Monday, 4 July 2011

ini jalanku....


orang kata..'memulakan tak seperit menamatkan'.......

namun,walau apa pun yang dikatakan,aku dan kita semua telah memilih satu jalan...jalan kehidupan yang pasti berbeza.tapi ingat,jalan mana yang kita pilih,lorong mana yang kita tempuh,kita tetap menuju satu destinasi yang sama.......
bagiku,sepanjang perjalanan ini,yang dah memang banyak liku dan selekoh tajamnya,aku memungut banyak pengalaman berharga.tak dinafikan,adakalanya tersalah membuat keputusan,tersasul memilih ruang,terkhilaf melihat peluang yg akhirnya membawa kepada tersilap memilih jalan.namun,itulah jalan kehidupan,masih ada ruang di depan,masih ada jalan pulang,terserah pada kita membuat pilihan....

ayuh teman,cukupkan bekalan...kuatkan azam....masih ada harapan...menggapai impian..agar tak tersungkur di penghujung jalan...