Monday, 22 August 2011

Gelora yang sukar diungkap....

Tahun 2007,saya masih lagi seorang pelajar tingkatan 3 SM Sains Dungun.Selepas peperiksaan PMR pada tahun itu saya mengikuti satu lawatan ke rumah warga emas di Bandar Al Muktafi Billah Shah,Dungun Terengganu.Saya berasa sangat teruja untuk memjejakkan kaki kali pertama di sana.

Langkah pertama saya di pusat jagaan warga emas itu sangat megharukan.Saya disapa oleh angin ketenangan dan suasana sunyi di pusat itu.Tanpa melengahkan waktu yang sedia ada,kami segera menuju ke bilik mesyuarat untuk sedikit taklimat dan selepas itu kami terus berpecah ke blok penjagaan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
Saya mengetuai langkah rakan yang lain untuk ke bilik yang menempatkan warga2 emas di pusat itu.Kedengaran lagu raya hangat berkumandang di corong radio di bilik2 memandangkan umat Islam baru sahaja menyambut ketibaan Syawal seminggu yang berlalu..Saya segera menuju ke arah satu katil yang menempatkan seorang wanita buta separuh abad.Kelihatan beliau yg mesa disapa Wan masih mepunyai kesihatan yang baik.Saya mengambil tempat betul2 di penjuru katil bersebelahan Wan agar senang untuk saya berbicara dengan beliau.Wan berasal dari Kemaman dan dia baru sahaja dihantar ke pusat jagaan itu oleh anak beliau.Saya tidak ingin menambahkan lagi kesedihan beliau dengan bertanyakan perihal anak2 beliau kerana saya yakin,beliau masih merasai kesedihan dihantar ke situ.

Disana saya sempat menyuapkan makanan tengahari kepada seorang lagi warga pusat jagaan itu.Nenek tersebut hanya terlantar di atas katil kerana sudah uzur dan saya menyuapkan makanan berhati-hati agar beliau tidak tersedak.Mungkin ini kali pertama lawatan orang ramai selepas raya menyebabkan beliau kelihatan ceria dan makan dengan agak berselera sehingga saya terpaksa meminta pegawai penjaga menambahkan lagi bubur ke dalam mangkuk yang saya pegang.Yang paling tak dapat saya lupakan,beliau mempunyai renungan mata yang sama dengan arwah nenek saya menyebabkan dada saya terasa sebak.Semasa saya menyalami tangan beliau untuk pulang,beliau memegang erat tangan saya seolah-olah tidak merelakan pemergian saya.Dan saya sedar,ada airmata jernih yang mengalir daripada kelopak matanya.Namun apakan daya saya,...
Sebelum pulang.saya melewati seorang wanita tua yang dipanggil Aci..Beliau menggenggam erat tangan saya sambil menangis.Dalam tangisnya beliau sempat bercerita tentang tanahnya yang dirampas anak sendiri..Beliau seakan menjerit ingin mahukan tanahnya kembali.Beliau menangis teresak-esak sambil memegang kepalanya yang sudah dipenuhi uban..Dalam hati saya,betapa tegarnya seorang anak memperlakukan ibu mereka sebegini rupa..

Saya tidak sempat beramah mesra dengan kesemua penghuni di sana.Yang terakhir,saya sempat bertegu sapa dengan dua orang teman rapat,juga wanita separuh abad berkerusi roda yangberbangsa Cina, leka bersembang dengan rakan-rakan saya.seorang rakan saya sempat menghiburkan mereka dengan sebuah lagu raya.Salah seorang daripadanya pandai mengucap syahadah dan mengakui tahu mengenai Nabi Muhammad..

Saya meninggalkan blok penghuni dengan seribu persoalan dan sejuta cerita tentang kehidupan para penghuninya.Saya yakin,mereka masih menyimpan gelora dalam hati mereka yang tak mungkin mereka ceritakan kepada kami..Hanya secebis luahan hati mereka yg terluah kepada kami.Dan kami mungkin tidak dapat membantu mereka seadanya,hanya dengan sekadar mengisi ruang masa mereka dengan lawatan kami..

Kini sudah bertahun berlalu,,saya telah pun menamatkan persekolahan saya di SMSD..Saya tidak yakin,adakah mereka yang saya temui di pusat jagaan bandar Al muktafi billah masih lagi menghaiskan sisa hidup mereka di sana.Saya tidak menolak kemungkinan mungkin ada antara mereka yang sudah pergi selamanya,meninggalkan katil mereka untuk diisi penghuni yang lain..dan hanya meninggalkan catatan nama mereka dalam rekod pusat jagaan untuk kenangan pegawai penjaga dan sahabat yg masih bernyawa....................

No comments:

Post a Comment