ingatanku berputar tentang peristiwa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu.Pada waktu itu aku dan umi dalam perjalanan pulang ke rumah sejurus selesai menghantar tempahan baju di rumah tukang jahit yang tidaklah jauh mana dari rumahku,mungkin mengambil masa 7minit atau lebih memandangkan kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki, menikmati angin malam..hehe
Kalau ikutkan aku,memang aku tak berapa suka berjalan waktu malam macam ni.Maklumlah,di kawasan kejirananku pada waktu malam,tak ubah seperti pesta anak-anak muda.Ada yang melepak di tepi-tepi jalan,ada yang bersembang sampai larut malam,tak kurang yang bermain futsal,yang merempit sampai bingit,yang berbasikal pun tak kurang hebatnya.Tak sesuai untuk aku,seorang gadis ikut serta dan ku rasa tidak manis untuk akuberjalan melepasi kawasan leak mereka.
Berbalik kepada kisahku.Sedang aku berjalan sambil berbual rancak dengan umi,melepasi sekumpulan belia yang juga rancak berbual dalam kegelapan malam itu,tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang wanita tua berjalan terhinjut-hinjut meredah kegelapan malam.Dalam samar-samar bayangnya aku bermonolog sendirian,'apa makcik ni buat malam-malam ni?nak pergi ke mana agaknya..siap dengan beg kecil yang digalas di sisi lagi.tak takut ke dengan budak- budak ni?silap-silap hari bulan...ish3,nauzubillah.'Tapi,aku tak boleh menidakkan kebimbangan aku memandangkan kawasan ini pun memang kawasan hitam terutama bab penagihan dadah.Membunuh diri pun ada..buang anak pun tak terlepas..
Aku masih memerhatikan langkah lemah orang tua itu,entah ke mana hala tuju nya.Dalam langkah kami yang tak berapa jauh itu,aku sempat bertanya umi ku..'umi,siapa makcik tu?dia nak kemana?,Umi ku ada memberitahuku nama makcik tu,tp aku pun dah lupa..hehe..tapi yang aku ingat umi cakap dia nak pergi ke surau.Dia memang biasa pergi ke surau yang tak jauh dari rumah kami.
Tiba-tiba aku terdiam..perasaan kagum dan insaf menyelinap dalam ruang hati aku.Tak sedar,air mata aku juga tumpah.Betapa seorang tua yang sudah layak ku panggil nenek,masih lagi menguatkan kudrat untuk beribadat kepada Yang Maha Kuasa.Sedangkan aku,yang masih boleh berlari,jarang sekali pergi ke surau.Nak kata jauh tak lah jauh mana tapi tak bertekad pun nak istiqamah pergi.Makcik tu pulak,sanggup berjalan jauh seorang diri,melepasi anak-anak muda yang melepak yang mungkin boleh mengancam keselamatannya demi ke rumah Allah.
Sejak hari itu,aku menanamkan azam dalam diri aku,aku tak boleh persiakan masa muda aku.Biarlah orang cakap enjoy lah dulu,merasai dunia orang muda tapi,bagi aku,apalah erti enjoy kalau kita jauh dari rahmat Tuhan...yang ajak enjoy tu pun belum tentu hidup sampai tua.Kalau hidup sampai tua pun,sempat ke nak kaut amal banyak-banyak.entahlah..
Sekarang,,setahun telah berlalu.Aku pun dah tak jumpa makcik tu..Entah masih meneruskan rutin hariannya atau pun sudah kembali kepada Pencipta aku pun tak tahu memandangkan aku pun baru pulang ke rumah selepas tamat belajar.Jadi aku kurang mengetahui perkembangan di kampungku.Harapanku,kalau makcik tu masih ada,semoga dia terus kuat melangkah,istiqamah dalam ibadatnya.Namun,jika dia telah kembali menemuiNYA,kuberdoa moga dia ditempatkan bersama para solehin.Amiiin
Insaf teman..
ReplyDelete