terlempar pandanganku ke luar jendela
tika kekusutan melanda
menanti idea yg tak kunjung tiba
ku terdengar pekikan anak2 muda
wow!!sungguh lantang bersuara
yg lena bermimpi pun mungkin terjaga
hati ku mula menerka
mungkin mereka berkobar meluahkan rasa
memperjuangkan maruah bangsa
yang kini hanya tinggal sisa
di lanyak sendiri oleh pewarisnya
aku mencuba,
mengintai di sebalik jendela
rupanya mereka sedang bersuka ria
tertawa dan bergembira
hiruk piruk bagaikan hangat berpesta
argh,,begitulah anak bangsa kita
hanya bertindak mengikut rasa
tak sedar amanah yg dijunjungnya
jika ditegur,kita juga yg terkena
lumrah biasa,..
kalau dihitung pun yang berjaya
hanya lah beberapa kerat sahaja
yang lainnya hanyalah menjaja rasa bangga
pernah bergelar mahasiswa
walaupun hanya menganggur kerjanya
hmmm,ku lemparkan jauh semua kata
kerana aku juga manusia biasa
terkadang terlalu mengikut rasa
akhirnya tak kudengari lagi lolongan mereka
keadaan kembali seperti sediakala
malam pun seperti tidak sabar melabuhkan tirainya
aku kembali menggenggam pena
kerana
aku pun sudah mendapat ilham daripada 'mereka'.....
hazirahhuda
kamarku tersayang,
ump,12.48mlm
No comments:
Post a Comment